Resipi Rendang Ayam Simple

Salam. Raya Haji baru-baru ni uols masak apa? Sis ni bidan terjun je tetiba nak masak rendang ayam sebab kebetulan cukup pula bahan nak masak kat dapur. Sebab plan asal nak masak benda lain tapi macam tak syok pula raya tanpa rendang. But kali ni rendang sis ni simple je caranya but still sedap!  Nak masaknya pun tak ambil masa yang lama. Yang penting dengan adanya rendang, barulah feel suasana raya kan? Hehe.. Jom tengok resipi rendang ayam simple (simple la kot bagi sis) ni dan selamat mencuba!  



Bahan-Bahan

Ayam 1/2 kg (Saiz potongan ikut suka)
Santan 1 kg
Daun Kunyit
Kerisik 1 peket kecil
Bawang Besar 1 biji
Bawang Kecil 3 biji
Bawang Putih 5 ulas
Asam keping 1 pcs
Daun Limau Purut 3 helai
Serai 2-3 batang
Lengkuas
Kunyit
Halia
Cili Api (Terpulang nak pedas mana)
Buah Keras 3 biji
Cili giling/kisar (2-3 sudu)


Kaedah Memasak

1. Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, serai, cili api, buah keras, kunyit, halia dan lengkuas.



2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga terbit bau.


3. Masukkan cili giling/kisar dan daun limau purut. Tumis sehingga garing/ pecah minyak.



4. Masukkan ayam dan gaul sehingga rata.



5. Masukkan santan, kerisik, asam keping, gula dan garam secukup rasa. 


6. Masak semua bahan sehingga mendidih dan agak-agak hampir kering bolehlah taburkan hirisan daun kunyit. Gaul rata dan bolehlah padamkan api if rendang dah cukup masak atau kering mengikut citarasa sendiri. Untuk elakkan ayam menjadi hancur, jangan masuk ayam terlalu awal dan jangan masukkan santan terlalu lambat. 




Orite siap dihidangkan dengan ketupat, nasi impit mahupun lemang. Yummy!




Misya : Rendang berkuah.

Comments

  1. Sedap sangat ni, rajin awak merendang ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya punya pasal, gigih juga merendang. Hehe

      Delete
  2. nampak sedapp

    singgah sini


    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    ReplyDelete
  3. sedap ni...

    baru sempat blogwalking. thanks ya join segmen mia. senarai peserta ada di sini https://www.mialiana.com/2020/07/senarai-url-blog-37.html

    ReplyDelete
  4. ok esok da tau nak masak ape..heheh

    ReplyDelete
  5. Rasa nak merendang pulak bila tgk aimi merendang ni..cari bahan dulu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts