Syoknya sejadah gebu ni!

Salam. During bulan Ramadhan last time, my friend at office open order Sejadah Gebu yang comel ni dalam group shopping office. Sis mula-mula tak berapa berminat sebab yela, kat rumah pun dah ada beberapa helai sejadah dan bukan guna semua. Tapi sebab bila my friend, Norina kata this sejadah ada warna purple terus sis lock 1 piece. hehe sebab rare nak jumpa sejadah warna purple gini. Lagipun dok dengar orang habaq sejadah gebu ni memang gebu dan sangat selesa untuk solat. So sis rembat 1 piece plus harganya jauh lebih murah banding seller or tempat lain jual. Support biz kengkawan pun ya juga. :)


Ginilah rupa sejadah gebu ni. Simple je coraknya tapi to be honest sangat-sangat selesa sejadah ni!! Memang ngam dengan namanya sejadah gebu, memang sangat-sangatlah gebu... 

Bila pijak je, mak aihh lembutnya... Sampai rasa sayang pula nak guna. huhu. But memang syok weh sejadah ni!




If dari dekat ginilah tekstur sejadahnya. Sis tengok pun tahu memang sejadah ni gebu sebab nampak tebal bebenang coraknya.





Alhamdulillah syukur dapat solat dengan sejadah yang sangat lembut dan selesa ni. Almaklum faktor usia kadang kaki ni mulalah bunyi sana-sini kan? haha.. But with this sejadah kuranglah kedengaran bunyi keletaq keletup lutut sis. hihi..

TQ Norina jual sejadah gebu ni. 

Haa yang paling best bila anak sis si Erina pun suka dengan sejadah ni. Asyik mengendeng kat sis sebab nak main-main dan baring-baring atas sejadah ni.


Dok manja-manja sebab nak ambil hati mommy nya supaya bagi dia berguling atas sejadah ni. Haha.


Pantang ajak bergambar dia pun excited nak join juga. Moga bila dia lihat mommynya solat, dia pun akan turut belajar dan rajin solat juga. Amin..

Moga Erina membesar menjadi anak yang solehah ya sayang. Jangan tinggal solat ya bila dah dewasa nanti. 


So mana nak dapatkan sejadah ni? Sis tak jual. Sis just share je kesedapan sejadah ni. hehe. But bolehlah roger-roger my friend, Norina if berada di area Nilai or Putrajaya if berminat dengan sejadah ni. Boleh visit IG beliau @souvenirkahwin


Moga dengan sejadah gebu yang super selesa ni, dapatlah sis pertingkatkan amal ibadah sis. Mengaji atas ni lama-lama pun still selesa. Silap-silap boleh tertidur! hehe.. Yela, dah dapat sejadah best gini if tak manfaatkan buat apa ye tak? Jom tingkatkan amalan, jauhi laranganNya.


Misya : Ibadah berkualiti, kehidupan pun berkualiti.

Comments

  1. Sesuai untuk orang sakit2 lutut kan :)

    ReplyDelete
  2. Shida pun ade beli sejdah gebu ni..seronok solat atas dia..selesa sgt :)

    ReplyDelete
  3. semoga dengan ada sejadah gebu..kita boleh sujud lebih lama dari biasa

    ReplyDelete
  4. wah nampak best sejadah gebu ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts