Resipi Nasi Goreng Butter Sosej Mudah

Salam. Dah lama tak share resipi air tangan sis kat sini. So today I wanna share resipi simple Nasi Goreng Butter Sosej. Which nasi goreng ni sangat sesuai disediakan untuk kanak-kanak sebab tak pedas. So kalau tekak jenis suka pedas-pedas maybe kurang digemari oleh uols. hehe. Takpe, boleh cuba buat kot untuk anak-anak buah yang datang ke rumah ke kan?


Bahan-Bahan

1. Nasi Putih
2. Sosej (Dihiris)
3. Carrot (Potong Dadu)
4. Baby Corn 
5. Bawang Putih
6. Butter/Planta (2 sudu)
7. Cili Flakes (If suka pedas)
8. Telur (1 biji)

Kaedah Memasak

1. Cairkan butter ke dalam kuali dan tumiskan bawang puting yang dicincang kecil.


2. Masukkan hirisan sosej dan gaulkan sehingga terbit aroma yang sedap.


3. Agak-agak sosej dah hampir garing, bolehlah masukkan sayur-sayuran. Sis masa ni hanya ada carrot dan baby corn. Nak senang gunakan mixed vegetables yang frozen tu.


4. Kalau suka pedas, boleh add-on chillie flakes. 


5. Then, masukkan nasi dan gaulkan kesemua bahan sehingga rata.


6. Last sekali, ketepikan nasi dan pecahkan telur. Lepas telur hampir masak, bolehlah gaul rata dengan nasi. Taburkan sedikit garam secukup rasa.


Siap dihidangkan!


So bolehlah try resipi Nasi Goreng Butter Sosej yang sangat mudah ni. Selamat Mencuba!


 

Misya : Boleh ganti sosej dengan pultry yang lebih berkhasiat.

Comments

  1. Wah.. menarik.. Tak pernah bubuh chili flakes.. boleh cuba ini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts