Resipi Teh Tarik Kow Homemade

Salam. Petang-petang pekena teh tarik panas-panas perghhh memang marvelous! Biasa kalau nak minum teh tarik mana lagi mau carik kalau bukan di restoran / kedai mamak. Tapi kali ni special sikit teh tarik sis buat sendiri selepas mendapat request dari incik suami tercinta. haha.. Rindu dengan my teh tarik katanya. hehe..


Takdelah susah mana nak wat teh tarik ni tapi kena cukup bahan if nak hasilnya ala-ala teh tarik mamak. Combination teh dan susu yang ok, confirm bergelas-gelas uols minum. huhu.. Ni sis share camne nak wat teh tarik sendiri kat rumah.

Bahan-Bahan
(Untuk 1 jug)

Serbuk Teh Masjid (5 sudu besar)
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis (Depends nak manis mana)
Sedikit Garam

Kaedah Membuatnya

1. Rendam serbuk teh (masukkan dalam penapis uncang) dengan air panas. Biarkan dalam 5 minit then tambah lagi air panas sampai 3/4 jug.

2. Angkat dan perahkan penapis teh tadi. If rasa nak pekat lagi teh, boleh repeat lagi rendam teh. 

3. Masukkan susu cair dan kacau. Then masukkan pula susu pekat manis. If 1 jug, 1/2 tin kadang tak berapa manis. So add sampai jadi 3/4 tin. Terpulanglah kat uols nak manis camne. Buh sedikit je garam bagi lagi lemak berkrim.

4. Next tuang dalam gelas ka, jug atau kole lain, then tariklah ikut suka mana. Lagi tarik banyak kali, lago banyak buih terhasil. Dan rasanya lebih kick!
 




So daripada keluar mengeteh kat luar, better ngeteh kat rumah je. Bikin sendiri teh tarik, boleh minum ikut mana suka hati. Then boleh control berapa banyak gula diambil. Kalau kat kedai kadang terlebih manis la, kurang teh la kan. Why not try wat sendiri kan? 



Misya : Teh O lemon pilihan untuk breakfast.

Comments

  1. my family buat tabah garam juga skit.. baru sedap kan

    ReplyDelete
  2. Ooo Cik TK tak pernah tambah garam. Boleh la try lepas ni

    ReplyDelete
  3. Maklumat yang sangat berguna.


    Saya seorang blogger baru, saya ingin memberikan maklumat pada waktu wabak seperti ini kita diharapkan dapat bekerja dari rumah.
    Berdasarkan pengalaman baru-baru ini, saya menggunakan aplikasi Zoom untuk terus berhubung dengan rakan, saudara, keluarga dan pensyarah.
    Anda boleh memuat download zoom free di laman web ini https://www.downloadzoomfree.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts