Cara refund tiket Air Asia disebabkan Covid-19

Salam semua. Tahun 2020 ni tahun yang agak 'malang' buat mereka-mereka yang suka travel or melancong. Yela, seluruh dunia dilanda wabak pandemik Covid-19 makanya hasrat nak pi oversea terutamanya perlu ditangguhkan. Pergi maybe boleh tapi balik kena kuarantin 14 hari pula. Saya juga antara yang suka travel dan tahun ni first year saya dan family plan untuk pi bercuti kat Padang, Indonesia this November. Siap dah tempah tiket flight awal tahun ni. Sebab kebetulan tengah promo, terus jela book. Sekali Covid-19 makin menular sampai hampir seluruh dunia lockdown, terpaksa batalkan hasrat pi bercuti. Takpelah tak bercuti pun janji family especially anak-anak saya yang masih kecil dan high risk terselamat. TAPI sayanglah tiket flight yang dah book tu. Bukan sayang tiket tapi sayang DUIT yang dah dilaburkan. huhuhu.. Bukan untuk kami je, even my parents, adik saya dan family my cousin pun sama dah beli tiket. Uols ada alami masalah yang sama? Sedihkan? BUT don't worry.. Alhamdulillah tiket yang saya dah beli tu boleh di refund! Cuma bukan dalam bentuk duit tapi refund dalam bentuk credit, which next time if nak book flight, boleh guna semula credit tersebut. Macam mana nak refund credit ni? Jom saya tunjukkan caranya.


Kaedah refund tiket penerbangan Air Asia (Disebabkan Covid-19)

1.  Visit website Air Asia dan click icon Chat with Ava kat sudut bawah kanan website.


2. Then, bila click icon chat tu nanti keluarlah si Ava. hehe.. Ava ni robot tau. If uols tanya soalan pelik-pelik dia takleh proceed pape pun. So nanti dia start welcoming you, dan bagi sedikit explanation. Then dia akan suruh pilih next option. So, pilih Covid-19 Flight Changes.


3. Then, again dia membebel jap, pastu pilih My flight is cancelled.


4.  Then option seterusnya pilih Credit Account


5. If masa booking memang dah menggunakan ID Big, then boleh proceed to Credit Account Request. Kalau tak, memang agak sukarlah nak refund sebab credit memang akan dimasukkan dalam akaun BIG.


6. Then nanti Ava akan minta details penerbangan uols yang telah uols booking sebelum ni. Nombor penerbangan, departure city, no. ID BIG dan family name. Makesure details dia nak tu uols bagi dengan betul dan tepat. Kalau salah atau typo, nanti kena ulang balik step dari awal sebab dia tak boleh 'faham' apa yang uols nak.


7. If everything is ok, on the spot nilai tiket flight yang uols dah booking tu akan dijadikan sebagai credit which boleh guna untuk booking penerbangan akan datang. Boleh check credit yang berjaya dipindahkan  ke akaun BIG tu melalui emel atau pun login terus akaun BIG uols.



Jangan confuse dengan My Big Points tau. Both adalah berbeza. But still useful untuk book any flights in future. So, uols yang dah book tiket untuk tahun ni tapi still tak confident nak fly, bolehlah gunakan cara sis ni ya. Moga membantu..


Many thanks to Air Asia sebab wujudkan sistem credit account ni. Sis memang syukur sangat-sangat. Daripada burn terus tiket tu, at least dapat refund dalam bentuk credit ni dah sangat-sangat melegakan hati sis. hehe.. Banyak kot nilainya untuk more than 6 orang punya tiket. Oh ya, credit ni ada validity tau. Kena guna dalam tempoh 2 tahun dari tarikh refund. But i think if still tak boleh guna, boleh request lagi untuk extend rasanya. Harap-haraplah Covid-19 terhapus segera dari muka bumi ni. Teringin nak bawa anak-anak jenjalan naik flight.



Misya : Bukan kluster kayangan.







Comments

  1. thank youuuu ajarkan... ramai yg kena cancel flight sbb covid ni kan..mine pon samaa.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome. tula, sedih juga tapi dpt refund credit ni lega sgt2.

      Delete
  2. walaupun tak dapat refund duit tapi oklah dapat simpan kredit untuk next tiket. nice sharing sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. kalau tiket sorang boleh tahan lagi. ni 1 big family, errr pengsan kalau burn camtu je. huhu

      Delete
  3. nice sharing!!! semoga dapat bantu orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ.. Begitulah hendaknya. Moga bermanfaat. :)

      Delete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts