Resipi Macaroni dan Cheese Mudah

Salam. Dah bosan makan nasi? Almaklum PKPB dah start balik di negeri tertentu. So bolehlah try resipi simple Macaroni and Cheese atau dalam Bahasa Jawanya Mac & Cheese. hehe.. Sis dah try buat, sedap sangat. Anak sis pun suka makan. Bagi penggemar cheese memang lagi suka ni. Ok jom, sis share Resipi Mac N Cheese yang mudah ni.


Bahan-Bahan

Macaroni
Susu Segar
Mozarella Cheese
Cheddar Cheese
Butter
Serbuk Black Pepper
Tepung Gandum


Kaedah Memasak

1. Rebus macaroni terlebih dahulu. Bagaimana merebus pasta dan macaroni supaya tak melekat, sis ada share dalam entry INI.  

2. Bancuh sedikit tepung gandum dengan sedikit susu segar sehingga tepung larut.


3. Panaskan butter ke dalam kuali sehingga cair dan masukkan tepung yang telah dibancuh dengan susu tadi.



4. Tambahkan susu segar, terpulang nak sukatan banyak mana. If suka basah-basah, banyak kuah boleh lebihkan susu. Kacau sehingga hampir mendidih.



5. Then, masukkan cheese yang telah diparut. Mozarella dan cheddar cheese. If uols cheese lover, time ni bubuhlah sebanyak mana uols suka. huhu. Kat kedai tak dapat camni. haha. Then kacau sehingga sebati.


6. Masukkan macaroni yang telah direbus tadi dan gaul rata.



7. Akhir sekali bolehlah taburkan black pepper (lada hitam) supaya ada rasa pedas-pedas sedikit. Almaklum lidah Melayu tetap nak ada rasa pedas-pedas sikit. hehe. If tak cukup pedas, boleh je tabur cili powder.


8. Gaul semua bahan sehingga rata, then siap dihidangkan. Usually kanak-kanak suka makan ni. Sebab ada rasa lemak-lemak cheese dan susu tu kan. Sometime asyik makan nasi bosan juga. Sesekali bolehlah try this recipe. Kalau lagi pandai boleh improvised lagi resipi ni bagi lagi menarik. Ok selamat mencuba!







Misya : Masak sendiri tak kedekut cheese.



 

Comments

  1. Boleh cuba ni ! heheh btw thankyou

    ReplyDelete
  2. sedap ni, saya pun suka buat. tapi anak2 tak suka makan unless mac n cheese tu masuk peti sejuk, lepas tu tambah raisin.

    ReplyDelete
  3. terus rasa lapar, terus rasa nak masak weekend nanti. hihih

    ReplyDelete
  4. Kebetulan baru je buat untuk dinner semalam.. Sedapnyaa!!!

    Haha betul.. Kalau buat sendiri kita lebih-lebihkan cheese. Hehehehe terbaekkk

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts