Neelofa bertunang dengan PU Riz?

Salam. Baru je rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita gembira perubahan imej selebriti Neelofa Mohd Noor, 31 kini berpurdah, hari ni ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini memberi bayangan melalui laman instagram beliau bahawa puteri kesayangannya, Neelofa telah pun dirisik oleh jejaka pilihan hati Neelofa iaitu PU Riz, 25 atau nama penuhnya Muhammad Haris Mohd Ismail yang merupakan salah seorang peserta rancangan Pencetus Ummah musim 2016.

Menurut Astro Awani, majlis merisik Neelofa dijalankan secara tertutup dan sederhana. Dikhabarkan mereka akan disatukan pada Mac tahun hadapan dan pertemuan hari ini turut membincangkan majlis tersebut termasuk jumlah hantaran dan sebagainya. 

Wah for sure ramai yang gembira especially para peminat Neelofa yang akhirnya berjaya menemui cinta hati beliau. Hehe. Moga urusan Neelofa dan PU Riz dipermudahkan sehingga ke jinjang pelamin. Confirm ramai nak sponsor macam-macam wedding dorang kan nanti. Siapa tak kenal Neelofa kan? Suatu kelainan nanti bila wedding melibatkan artis berpurdah. Pasti ramai ternanti-nanti wedding Neelofa & PU Riz. Doakan yang baik-baik untuk mereka. :)


Misya : Sis akad nikah pun berniqab.

Comments

  1. Alhamdulillah.Moga semuanya Allah permudahkan.

    ReplyDelete
  2. wah alhamdulillah.. semoga semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. so surprising !! heheehe tahniah neelofa :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts